Thursday, 30 October 2014

Pentingnya Solat Subuh Berjemaah



Solat Subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain.

Umat yang menjaga solat Subuh secara berjemaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.

Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat. (Insya-Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat)

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barang siapa solat Subuh secara berjemaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Allah S.W.T berfirman: "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji......" (al-Isra': 78-79).


*sumber dari islamdaniman.blogspot.com

No comments:

Post a Comment