Kehebatan Bismillah

-
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi." ( Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah
s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama
Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu
Affan berkenaan Bismillah. Sabda Baginda s.a.w. lagi:
"Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya
pada semua pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir rahmaanir
rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain." ( Riwayat Imam
Bukhari dari Jabir )
- Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi,
bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy
kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah
iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala
jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana
turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah
gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan
sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan
penduduk Mekah."
- Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir
rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja
ia tidak dapat mendengarnya."
- Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil
adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita
dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.:
"Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah
yang sembilanbelas,
maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana
Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari
ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya
tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan
diangkat dia 4000 darjat."
- Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan
manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh
pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya
nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah."
Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan
Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil
barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan.
Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga
mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas
harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik
bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan
dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk
membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama
sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu
persepuluh darinya."
- Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari
Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih
berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat
yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka."
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa
memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim.
Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan
langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya
beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir
rahiimi."
- Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk,
ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu
tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai.
Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah
Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu
akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah.
Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu
kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga
tidak dikecualikan walau seorang."
- Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah,
jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada
apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah
takdirkan
dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan
memudaratkannya untuk selama-lamanya."
- Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu
mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama
disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada
di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini
terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan
Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir
rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama
Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu
ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga
ada sembilanbelas. Maka,
barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas
dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan
Malaikat Zabbaniah.
- Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi
banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan
Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi
kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni
Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk
Allah di mukabumi ).
No comments:
Post a Comment